Assalamualaikum.......
Miss red nak share klu mengenai pendidikan kewangan kepada kanak-kanak ini perlu dimulakan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “Melentur buluh, biarlah dari rebung.”Miss Red ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk mendidik kanak-kanak untuk menabung:-
- Pupuk minat anak-anak anda untuk menabung duit raya yang mereka peroleh. Bawa mereka ke bank dan buka akaun simpanan atas nama anda. Jadi setiap kali sanak saudara dan rakan taulan memberi duit raya kepada anak anda, bolehlah simpan ke dalam akaun simpanan ini.
- Berikan anak wang belanja ke sekolah dan galakkan mereka untuk menyimpan baki wang syiling di dalam tabung.
- Jika anda memiliki anak lebih dari seorang, galakkan mereka bersaing antara satu sama lain untuk menabung. Secara tidak langsung anak-anak anda akan lebih bersemangat untuk menabung. Tabung siapa yang penuh dulu akan diberikan hadiah iaitu dalam bentuk wang.
- Bekalkan makanan kepada anak ketika mereka ke sekolah jadi mereka dapat menyimpan wang belanja yang anda berikan ke dalam tabung.
- Terangkan kepada anak-anak anda tentang keperluan menabung terutama ketika pada usia muda. Berikan contoh-contoh yang sesuai agar anak-anak anda lebih memahaminya.
Miss Red harap tip ni dapat membantu anda nye.....XoXo...

No comments:
Post a Comment