Wednesday, 9 October 2019

FIV dan kucing

HIV Kucing. (FIV)

Kita selalu dengar manusia yang ada HIV. Untuk maklumat, kucing pun ada ya. Tapi bukan lah disebabkan perkongsian jarum atau pengambilan dadah dan sex rambang. 😂

FIV adalah singkatan bagi Feline Immunodeficiency Virus. Lebih jugak dikenali sebagai Feline Aids. FIV disebabkan oleh sejenis virus dikenali senagai lentivirus dalam keluarga Retrovirus. Virus ini berkait rapat dengan HIV dan HANYA menjangkiti kucing sahaja.

Bagaimana kucing saya boleh dapat jangkitan ini. 🦠 Melalui darah. Kucing jantan dewasa biasanya bergaduh dan mengigit. Jangkitan dan cakaran kucing terjangkit akan memindahkan virus itu kedalam tubuh kucing yang dicakar dan digigit. Kucing jangan akan matang pada umur 8 bulan dan mula mengawan pada umur tersebut. Sesetengah kucing jantan bersifat “terrtorial” atau mempunyai kawasan masing masing. Kucing jantan biasanya akan menanda kawasan dengan kencing di beberapa tempat. Kehadiran kucing lain boleh menyebabkan mereka bergaduh.

🦠 Mating. Bila kucing jantan “mating” dengan kucing bertina, kucing betina boleh dapat jangkitan FIV melalui gigitan ditengkuk. Kalau kucing betina tu mengandung, possibility untuk anak nya dapat virus tu sekali tinggi.

Apa tanda - tanda kucing ada FIV??

🦠 Sakit mulut yang kronik (mulut berbau , gusi berdarah, ulser pada mulut dan tekak)
🦠 Sakit yang berulang ulang walaupun setelah mendapat rawatan.
🦠 Sakit yang berpanjangan
🦠 Susut berat badan.
🦠 Selseme kronik dan berpanjangan /rhintis.
🦠 Sakit kulit yang teruk dan berpanjangan.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya kucing anda di jangkiti FIV.

🦠 Asingkan segera kucing tersebut dari kucing yang tidak sakit.
🦠 Cuci bersih semua bekas makanan, najis, sangkar.
🦠 Bawa terus ke veterinar untuk dapatkan rawatan. Biasanya kucing harus jalani rawatan ujian darah untuk nak tentukan kejadiran virus tersebut.

Kawalan Jangkitan FIV
🦠 Bagi mereka yang mempunya beberapa ekor kucing dalam satu rumah, risiko untuk jangkitan dalam rumah yang sama rendah jika tidak bergaduh sesama sendiri ataupun stabil dari segi sosialnya. Jika seekor di antaranya disahkan positive better check kucing kucing yang lain.

Apa perlu buat kalau sudah dijangkiti?
🦠 Beri makanan yang penuh dengan nutrisi. Boleh refer dengan veterinar apa makanan yang sesuai.
🦠 Beri makanan Kibbles Kering.
🦠 Suntik vaksin sekerapnya. Rujuk veterinar apa vaksin yang sesuai untuk kucing FIV.
🦠 Pastikan kucing anda ‘free- parasite’.
🦠 Tingkatkan sistem imunisasi dengan vitamin yang mencukupi.
🦠 Kasi atau mandulkan kucing anda.
🦠 Kuarantin kucing anda daripada bercampur dengan kucing luar.

Monday, 16 September 2019

MUNCHKIN MINUET OR Napoleon.

Baka Minuet/Napoleon

Ok,baka minuet atau nama dahulunya napoleon terbahagi kepada dua jenis bulu.

1. Bulu panjang
2. Bulu pendek

So apabila kita sebut minuet shorthair,ia adalah hasil kacukan diantara munchkin/minuet bersama exotic/parsi.

Hal pertama mengenai minuet adalah (crossbreed) pembiakan silang antara induk.

Pemilihan induk dari kalangan keluarga persian/exotic sangat sangat penting kerana kewujudan minuet hari ini adalah hasil dari kacukan tersebut.

Ada ciri ciri lain/kecil yang menjadikan minuet tersebut terlihat seperti baka baru yang lari dari kesamaan dari induk asal.

Ia dari segi

- telinga yang kecil dan hujungnya bulat
- bermuka bulat seperti muka exotic/persian
- berbulu tebal/padat walaupun ia berbulu pendek
- memiliki tubuh badan yang tegap,kasar tetapi sedikit pendek.

Menurut garis panduan standard baka yang dikeluarkan oleh organisasi Dunia TICA :- 75% minuet seharusnya menyerupai persian/exotic manakala 25% lagi menyerupai munchkin.

Semoga sedikit info ini membantu ahli-ahli baru yang cuba untuk memahami mengenai baka comel nie.

Credit pict & video
Stanley the minuet