Monday, 16 September 2019

MUNCHKIN MINUET OR Napoleon.

Baka Minuet/Napoleon

Ok,baka minuet atau nama dahulunya napoleon terbahagi kepada dua jenis bulu.

1. Bulu panjang
2. Bulu pendek

So apabila kita sebut minuet shorthair,ia adalah hasil kacukan diantara munchkin/minuet bersama exotic/parsi.

Hal pertama mengenai minuet adalah (crossbreed) pembiakan silang antara induk.

Pemilihan induk dari kalangan keluarga persian/exotic sangat sangat penting kerana kewujudan minuet hari ini adalah hasil dari kacukan tersebut.

Ada ciri ciri lain/kecil yang menjadikan minuet tersebut terlihat seperti baka baru yang lari dari kesamaan dari induk asal.

Ia dari segi

- telinga yang kecil dan hujungnya bulat
- bermuka bulat seperti muka exotic/persian
- berbulu tebal/padat walaupun ia berbulu pendek
- memiliki tubuh badan yang tegap,kasar tetapi sedikit pendek.

Menurut garis panduan standard baka yang dikeluarkan oleh organisasi Dunia TICA :- 75% minuet seharusnya menyerupai persian/exotic manakala 25% lagi menyerupai munchkin.

Semoga sedikit info ini membantu ahli-ahli baru yang cuba untuk memahami mengenai baka comel nie.

Credit pict & video
Stanley the minuet

No comments:

Post a Comment